KUALA LUMPUR: Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom tersingkir pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak mendapat markah paling rendah daripada barisan juri iaitu 55.20 peratus.

Walaupun tersingkir, Tom yang meraikan ulang tahun ke-35 hari ini dilihat tenang sejurus namanya disebut.

Sementara itu, Bob Yusof menduduki tangga teratas dengan 85.60 peratus diikuti Shila Amzah, 84.10 peratus dan Tomok 81.50 peratus.

Minggu kelapan bakal menyaksikan sembilan peserta yang tinggal bersaing membawakan lagu yang pernah mengungguli carta antaranya My Baby You (Bob Yusof), Coba (Shila Amzah), Mentera Semerah Padi (Tomok), Hijau ( Dina Nadzir), Rozana (Kumpulan VE), Lelaki Ini (Jacylin Victor), Widuri (Hazrul Nizam), Tiara (Asheed Def Gab C) dan Laila Namamu Teratas (Fuad Rahman).